Mengembara Sambil Beribadah
Pernah Iklankan Untuk melancong ke Mesir. Ada satu Komen yang kadang melihatkan satu pemikiran yang agak cetek.
-Melancong jua Ibadah-
Kadang setengah Orang kurang memahami apa itu melancong dan Apa itu Ibadah khusus.
Mengembara bukan sekadar berjalan di bumi Allah sekadar nak menikmati keindahan dan snap gambar untuk kenangan. Namun tetapi kita berjalan atau melancong juga sebahagian daripada Ibadah kalau tak Allah tidak akan menyeru agar manusia untuk lihat ciptaan Allah di muka Bumi ini.
Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 15 -
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
Bukan sekadar hidup di sebuah tempat dan hanya berfikiran untuk melakukan Ibadah Umrah sahaja di Makkah. Allah s.w.t menyeru agar kita melihat dunia dan bermuhasabah dengan Ciptaannya.
Berdasarkan ayat diatas cukup kukuh untuk kita sedar bahawa Islam sangat mengajak untuk kita untuk berjalan dan mengembara di bumi Allah. Mari sama-sama kita lihat bagaimana para ulama' amilin mengembara melihat dunia.
Semakin banyak negara yang diterokai mereka,semakin tunduk dan rasa jahil dalam diri mereka. Mereka berasa jahil dan masih kurangnya Ilmu dan juga mereka berasa sungguh lemahnya diri mereka berbanding dia Sang Pencipta. Makin jauh mereka mengembara semakin terasa kerdilnya diri Mereka.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang menyeru agar kita mengembara melihat dunia dan mengambil iktibar dengan setiap kejadian Allah di Bumi Ini.
Antaranya:
- Surah Muhammad ayat 10
- Surah Luqman Ayat 31
- Surah Yusof ayat 109
- Surah Arrum ayat 9 dan 42
- Surah Al-Imran ayat 137
-Surah An-naml ayat 69
- Surah Al-an'am ayat 11
(Anda Boleh Rujuk Al-Quran masing-masing)
- Surah Muhammad ayat 10
- Surah Luqman Ayat 31
- Surah Yusof ayat 109
- Surah Arrum ayat 9 dan 42
- Surah Al-Imran ayat 137
-Surah An-naml ayat 69
- Surah Al-an'am ayat 11
(Anda Boleh Rujuk Al-Quran masing-masing)
Bukan sekadar pergi melakukan Ibadah Umrah dan Haji tapi tak mampu nak Melihat dunia agar lebih mendekatkan diri dengan Allah. Ibadah Haji dan Umrah cukuplah pergi walaupun sekali atas kemampuan masing- Itu sebab Allah berpesan dalam Al- Quran.
وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا )- Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.Al-'Isrā':37
Menurut Tafsir Tabari, Allah menyeru hamba agar sentiasa melihat segala ciptaan Allah dan mengkagumi dengannya dan sentiasa bermuhasabah denganNya dan setiap apa yang diperlihatkan agar lebih dekat denganNYA. Namun Allah s.w.t tidak pernah lupa untuk ingatkan Hambanya yang sering lupa dan Alpa agar jangan sesekali Berjalan di Bumi Allah dengan keadaan sombong dan bongkak kerna semua itu sebahagian daripada penghapus Amalan bahkan Para syaitan turut gembira apabila Manusia lupa akan Penciptanya dan terus sesat dan menyesatkan.
Dan sebelum kita akhiri, nak tahu apa lagi satu kelebihan mengembara?
Doa orang yang mengembara ni mustajab.
Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).
Comments
Post a Comment